Tuesday 18 August 2015

Kaedah Pengiraan Mata iSaham Stock Screener

iSaham Stock Screener dibina untuk memudahkan proses pemilihan saham harian, swing dan juga long-term investor. Untuk long-term investor, pilih saham yang mempunyai fundamental yang kukuh dan mempunyai potensi yang besar dalam masa setahun, dua tahun, 10 tahun dan selamanya. Kami membuat screening penuh untuk menilai stock tersebut sejurus selepas quarter report company keluar. Kami jugak memberi ranking berdasarkan fundamental score tersebut. Sila rujuk iSaham Fundamental di sini. Ciri-ciri yang kami gunakan untuk menilai fundamental akan diterangkan dalam post akan datang.

Untuk swing trader dan harian, kami membuat screening technical menggunakan indikator-indikator penting seperti Stochastic, RSI, MACD. Kami juga menilai candlestick formation dan position dan menilai apabila sesuatu saham breakout. Proses ini dilakukan setiap hari.Sila rujuk iSaham Technical di sini.

Kami juga membuat ranking untuk target price (peratus perbezaan dari harga sekarang) dan feature beta kami iaitu menilai fibonacci retracement atau dalam bahasa lainnya, harga sekiranya saham membuat rebound atau correction.

Anda boleh rujuk iSaham Stock Screener.