Thursday 24 September 2015

Saham Pilihan 25 September - TOPGLOV, LATITUD, ESCERAM, TALIWRK

TOPGLOV
TOPGLOV dan LATITUD mendaki tangga iSaham buat kali pertamanya. Dari sifat graf dan analisis teknikal, dua saham ini jauh lagi dari overbought dan sedang menaik semula dari correction. Dua saham ini menjadi fokus saham kami untuk hari ini.

Kami telah berikan penerangan tentang ESCERAM dalam post yang lepas. Keadaan market dua hari lepas dan keadaan market sedunia menyebabkan tekanan lebih tinggi untuk rally lebih jauh. 

TALIWRK pernah membuat rally sejak harga rm3 dan sampai sekarang bertahan berdekatan dengan fibonacci 50. Quarter report yang keluar jatuh sedikit tetapi perlu ingat saham ini pernah announce (dan baru sahaja diluluskan) untuk split share 2 kepada 5 dan free warrant.

Tuesday 22 September 2015

Saham Pilihan 23 September - IFCAMSC, FLBHD, DESTINI, ESCERAM

iSaham updated untuk 23 September. Antara yang muncul di ranking atas iSaham: IFCAMSC, FLBHD, DESTINI, ESCERAM.
Kesemua saham ini nampak nak rally semalam tapi keadaan market yang masih menjadi tanda tanya menyebabkan rally disusuli dengan take profit.
Sekiranya market membawa mood baik, maka saham-saham ini akan meneruskan rally dan banyak lagi saham lain akan meletup dalam masa yang sama.

IFCAMSC
IFCAMSC dikatakan stock of the year kerana ramai yang membuat duit yang amat banyak dari saham ini. Saham naik dari harga sen2 sehingga rm1.85. Namun, saham ini telah terjun dengan pantas ke 46 sen walaupun saham ini sentiasa dalam fundamental yang baik. Saham ini masih berpotensi untuk naik kerana keadaan fundamentalnya. Volume yang lebih besar dari biasa masuk semalam. Namun, saham ini sentiasa perlu diletakkan dalam kategori berhati-hati kerana rekod junamannya.

Monday 21 September 2015

Feature terkini: Support dan Resistance beserta Strength of SNR

Kami baru sahaja update page kami dengan Support and Resistance (SNR) beserta strength. Satu kaedah paling selamat beli saham walaupun kurang ilmu ialah beli company fundamental yang bagus pada supportnya.

Contoh, saham ESCERAM, nearest support ialah 0.300. Sesiapa yang membeli tiga ke lima hari lepas pada support tidak perlu terlalu risau kerana, harga sepatutnya bertahan di situ kerana ada support 0.300 dengan strength 13 (bermaksud 13 kali harga bertahan di tempat ini sebelum ini).

Sekiranya saham jatuh, boleh bersedia untuk average di 0.285 (strong support seterusnya) dan sekiranya keadaan tidak baik boleh cut loss lepas pecah support yg kuat.

Sekiranya saham naik, dan memecahkan resistance kuat pada 0.315, ia akan terbang jauh ke hadapan seperti yang berlaku hari ini.

ESCERAM daily chart