Thursday 12 May 2016

FAVCO - Harga Sebenar Setinggi Crane?

Chart FAVCO
Salah satu saham yang triggered dalam kebanyakan technical screener kami (Duck Screener, Smart Money Screener, dan banyak lagi) ialah FAVCO, sebuah syarikat yang menjalankan bisnes crane. Saham membuat 20-day new high, cross kebanyakan moving average dan trigger signal-signal teknikal penting.

Fundamental yang kukuh
Tambah pula dengan fundamental, secara keseluruhannya syarikat mempunyai fundamental yang kukuh, ROE tinggi, keuntungan stabil lebih daripada 5 tahun dan juga saham didagangkan di bawah fair value (Harga sekarang 2.78 berbanding fair value 4.00). PE ratio syarikat ini ialah 6, jauh lebih rendah berbanding dengan syarikat dan industri berkaitan iaitu 11.

Risiko daripada market yang perlahan dan tidak menentu
Namun, risiko syarikat ini dinyatakan dalam Annual Report yang baru dikeluarkan iaitu keadaan market yang perlahan, lebih-lebih lagi penurunan harga minyak global, menyebabkan kurang order daripada industri oil & gas. Debt-to-equity ratio juga lebih daripada 1 (liabiliti syarikat lebih tinggi daripada ekuiti).

Bisnes crane yang dijalankan oleh syarikat FAVCO
Penilaian samada patut membeli atau tidak saham ini bergantung pada kefahaman masing-masing pada technical analysis, fundamental analysis, industri dan risk. 


Harga saham semasa post ditulis: RM2.78
Purata fair value saham: RM4.04