Monday 21 September 2015

Feature terkini: Support dan Resistance beserta Strength of SNR

Kami baru sahaja update page kami dengan Support and Resistance (SNR) beserta strength. Satu kaedah paling selamat beli saham walaupun kurang ilmu ialah beli company fundamental yang bagus pada supportnya.

Contoh, saham ESCERAM, nearest support ialah 0.300. Sesiapa yang membeli tiga ke lima hari lepas pada support tidak perlu terlalu risau kerana, harga sepatutnya bertahan di situ kerana ada support 0.300 dengan strength 13 (bermaksud 13 kali harga bertahan di tempat ini sebelum ini).

Sekiranya saham jatuh, boleh bersedia untuk average di 0.285 (strong support seterusnya) dan sekiranya keadaan tidak baik boleh cut loss lepas pecah support yg kuat.

Sekiranya saham naik, dan memecahkan resistance kuat pada 0.315, ia akan terbang jauh ke hadapan seperti yang berlaku hari ini.

ESCERAM daily chart
ESCERAM di page iSaham

Tahniah kepada pembeli ESCERAM pada harga support. Tahniah juga kepada sesiapa yang membeli apa-apa saham pada harga strong support sebelum ini.

No comments:

Post a Comment