Wednesday 24 February 2016

QR Update 24 Febuari 2016 - AJI Naik Top iSaham

Hari ni sampai 5 page announcement untuk quarter report di MalaysiaStock.biz. Kami rumuskan saham-saham yang berada dalam pemerhatian kami (iSaham Score 19 dan keatas):

Menaik

D&O (QoQ +1458.33%) - iScore 22.75
ASIAPAC (QoQ +751.64%) - iScore 27.75
CAREPLS (QoQ +272.31%) - iScore 20.25
HEVEA (QoQ +198.37%) - iScore 25.75
LIIHEN (QoQ +143.17%) - iScore 25.25
CHEEWAH (QoQ +116.47%) - iScore 25.50
UCHITEC (QoQ +71.68%) - iScore 24.00
CBIP (QoQ +61.14%) - iScore 22.00
EITA (QoQ +59.47%) - iScore 24.50
ECONBHD (QoQ +55.65%) - iScore 25.25
PRG (QoQ +54.55%) - iScore 26.50
AJI (QoQ +40.39%) - iScore 33.00
WEIDA (QoQ +1.67%) - iScore 25.25

Menurun

OFI (QoQ -25.79%) - iScore 21.00
TIMECOM (QoQ -29.13%) - iScore 19.00
UMSNGB (QoQ -47.10%) - iScore 23.25
JFTECH (QoQ -127.88%) - iScore 20.00
EKIB (QoQ -140.64%) - iScore 21.00

Saham-saham yang kami akan perhati lebih dekat untuk 3 bulan akan datang ialah D&O, ASIAPAC, CHEEWAH, UCHITEC, CBIP, EITA, ECONBHD, PRG dan AJI.

Keuntungan syarikat D&O Green Technologies Berhad naik lebih 10 kali ganda hasil kekuatan green tech & energy. Syarikat menunjukkan prestasi yang konsisten untuk tiga quarter berturut-turut walaupun harga saham sudah agak tinggi berbanding dengan P/E ratio syarikat. D&O dijangka akan re-test resistance pada 0.415. Support kuat pada 0.345.

CHEEWAH dengan brand terkemuka CAMPAP membuat keuntungan lebih daripada 100%. Saham ini baru sahaja menarik perhatian pelabur pada Oktober 2015 selepas sideway lebih daripada 10 tahun. Saham dijangka re-test rm1.90 dan kemudian rm2.25 (kubu kuat). Pecahnya kubu ini boleh membawa saham ini ke RM4.00. Saham ini pernah mencecah harga RM10.00 sebelum 1998 crash.


Ajinomoto merupakan satu "keperluan" dalam hidup bagi memastikan masakan rasa sedap. Saham AJI sedang berada di resistance, di mana kenaikan boleh membawa ke RM11.00 dan kejatuhan boleh membawa ke RM8.80. Walaupun harga kelihatan sudah mahal, harga saham dilihat masih bersesuaian dengan fundamental dan growth syarikat ini. Saham sepatutnya bertahan di atas 8.27 dan 7.81.

No comments:

Post a Comment