Saham TAKAFUL hari ini dikesan menaiki rank pertama iSaham. Saham yang pernah naik sehingga RM16 dan kemudiannya membuat split share ini mempunyai potensi yang sangat besar lebih-lebih lagi kerana kekuatan industri takaful itu sendiri dan market share yang diperolehi oleh syarikat ini.
Kami telah membuat sedikit rumusan daripada Laporan Tahunan Syarikat Takaful Malaysia Berhad:
- Syarikat Takaful Malaysia menerajui pasaran dalam perniagaan Takaful Keluarga.
- Peningkatan EPS Asas tahunan sebanyak 11%
- Berjaya mengekalkan Pulangan atas Ekuiti (ROE) sebanyak 24.5% pada tahun 2015.
- Mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam perniagaan Takaful Keluarga Kumpulan dengan menguasai 31% bahagian pasaran
- Merupakan satu-satunya syarikat dalam industri di Malaysia yang menawarkan 15% Pulangan Tunai secara konsisten kepada pelanggan Takaful Amnya kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.
