
Kami membuat kajian ke atas saham KPSCB kerana sudah lama berada dalam senarai saham kukuh fundamental dan teknikal iSaham. Saham ini menjadi fokus iSaham sejak berharga 43 sen lagi dan kami highlightkan dalam group sebagai penny stock pilihan kami.
Selepas quarter report terkini diumumkan beberapa minggu lepas, saham KPSCB kini didagangkan pada PE ratio 3, satu nilai yang sangat rendah dan menunjukkan saham ini berada pada paras undervalued. Antara sebab lain juga ialah, quarter yang sama tahun sebelumnya, KPSCB membuat loss dan menyebabkan PE ratio naik sedikit dan tidak dapat dikesan 'undervalue'-nya.