Showing posts with label recession-proof. Show all posts
Showing posts with label recession-proof. Show all posts

Wednesday, 17 February 2016

HUPSENG - Biskut Kegemaran Semua


Syarikat HUPSENG baru sahaja mengumumkan quarter report terkini dengan membuat all-time high profit (QoQ naik 22%) dan revenue (QoQ naik 9%). PE setara dengan syarikat makanan yang lain, ROE syarikat lebih 30%, Net profit margin pun berkembang dengan pesat.  Dengan growth yang dilaporkan, kita mudah mengesan yang syarikat ini akan terus berkembang dengan baik. Apa yang jelas ialah growth untuk syarikat berkaitan makanan sangat stabil dan recession-proof. Syarikat pun mudah nak faham. Ada sesiapa yang sentiasa ada stok biskut HUPSENG, tetapi tidak ada stock HUPSENG?

LTKM - Saham Sudah Mula Bertelur?


Saham LTKM jatuh teruk selepas share split dan bonus issue memberikan masa untuk long-term investor dan market maker untuk buat collection pada saham ini. Dalam masa yang sama, saham juga terus jatuh akibat quarter report yang tidak begitu baik untuk dua quarter. Kalau dilihat teknikal, LTKM dah break triangle seperti dalam chart dan juga melepasi ema50. Cubaan membuat line change pada 1.61 sedang dilakukan, dan sekiranya berjaya, peluang untuk pegi jauh sangat tinggi. Kebanyakan saham yang sudah lama jatuh akan mula beraksi selepas crash dan market pulih hasil pengumpulan yang dilakukan ketika harga saham jatuh dan mendatar. Sekiranya tidak berjaya, saham akan membuat pengumpulan sekitar 1.50-1.60. Stop loss teknikal pada paras bawah 1.45.

LTKM pada 17/2/2016 - selepas hari kedua pemulihan crash 2016