Monday 14 March 2016

Kaunter Construction Meneruskan Super Rally

Hari ini kita menyaksikan kaunter construction meneruskan super rally. Berikut merupakan sedikit sebanyak laporan semasa kaunter construction:


MITRA - semalam harga ditutup di resistance 1.19. hari ni naik dan tutup di resistance seterusnya 1.25. esok kalau naik, kebarangkalian besar akan test resistance 1.30 dan 1.32 / 1.33 (terlajak).


KIMLUN - sekali lagi test 16-month high. volume agak low, kebarangkalian besar tunggu esok T+3 dan lusa T+4. Boleh sambut di 1.69, 1.66 atau 1.64. 


SUNCON - naik sebatang lagi. kenaikan banyak berlaku di awal pagi. risiko bertambah sebab harga dah naik banyak. Tetapi strategi buy on dip sangat digalakkan kerana saham baru sudah masuk dalam kategori raging bull. Saranan kami untuk sambut di 1.50.


WCT - saham sekali lagi test resistance 1.63-1.64. klu dia buat mcm MITRA, esok dia akan pegi 1.68  / 1.71. Kalau saham2 construction lain terus naik, maknanya klu dia lepas resistance tu boleh buy jugak.


ECONBHD - harga zap pegi ke resistance 1.11. akan test all-time high berdekatan area 1.16. Memang tengah mabuk semua saham construction.



PRTASCO - naik jugak dan test resistance 1.51. Akan test break triange dan high resistance dekat area 1.53-1.55. 

No comments:

Post a Comment