Monday 14 March 2016

TAKAFUL - Kajian Laporan Tahunan dan Prestasi Semasa


Saham TAKAFUL hari ini dikesan menaiki rank pertama iSaham. Saham yang pernah naik sehingga RM16 dan kemudiannya membuat split share ini mempunyai potensi yang sangat besar lebih-lebih lagi kerana kekuatan industri takaful itu sendiri dan market share yang diperolehi oleh syarikat ini.

Kami telah membuat sedikit rumusan daripada Laporan Tahunan Syarikat Takaful Malaysia Berhad:
  1. Syarikat Takaful Malaysia menerajui pasaran dalam perniagaan Takaful Keluarga.
  2. Peningkatan EPS Asas tahunan sebanyak 11%
  3. Berjaya mengekalkan Pulangan atas Ekuiti (ROE) sebanyak 24.5% pada tahun 2015.
  4. Mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam perniagaan Takaful Keluarga Kumpulan dengan menguasai 31% bahagian pasaran
  5. Merupakan satu-satunya syarikat dalam industri di Malaysia yang menawarkan 15% Pulangan Tunai secara konsisten kepada pelanggan Takaful Amnya kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan.

Pada pandangan iSaham, TAKAFUL menunjukkan fundamental yang kukuh. Profit dan ROE kukuh seperti dalam laporan tahunan. Revenue dan net margin juga baik. Didagangkan pada PE ratio 21 - agak tinggi jika dibandingkan dengan purata PE saham insurance iaitu 12. Saham-saham yang terlibat dalam dagangan insurans seperti MNRB PE11 (tak syariah), ALLIANZ PE5 (tak syariah), MANULFE PE17 (tak syariah), TUNEPRO PE15 (tak syariah). Kekuatan TAKAFUL dilihat pada industri takaful yang berkembang pesat, juga merupakan satu-satunya syarikat berkonsep takaful dalam bursa Malaysia. 

Transaksi Substantial Shareholders menunjukkan jualan oleh Managing Director, Dato’ Sri Mohamed Hassan Kamil, yang menjual saham yang diperolehi daripada ‘Restricted Share Plan’ / ‘Long Term Incentive Plan’. Dalam masa yang sama, EPF terus membuat belian saham TAKAFUL sehingga ke hari ini. 

Pengarah jual saham
EPF beli saham
Saham TAKAFUL mempunyai score iSaham sebanyak 26, 73% lebih tinggi berbanding iSaham Safe Entry score. Daripada sudut teknikal, saham berada cantik atas trendline, melebihi short term, mid term, dan long term moving average (uptrend). Saham membuat lebih 7-months high dan berada pada mata resistance rm4.00. Resistance seterusnya ialah rm4.10 dan rm4.15. Daripada sudut teknikal, BUY sekiranya melepasi rm4.00 dengan target price rm4.70, tetapi daripada sudut fundamental, lebih kepada HOLD kerana PE ratio yang agak tinggi jika dibandingkan dengan potensi growth. 

TAKAFUL MALAYSIA

Sedutan teks daripada Laporan Tahunan Syarikat Takaful Malaysia yang Dikeluarkan Minggu Lepas (Sumber: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/5025385)

“Dalam suasana ketidakpastian ekonomi dunia, pasaran takaful global menampilkan pertumbuhan ketara dua angka dengan jumlah caruman takaful kasar diunjurkan mencapai kira-kira US$25 bilion pada tahun kewangan 2015 hasil daripada kadar penembusan yang rendah di pasaran-pasaran utama seperti Emiriah Arab Bersatu, Malaysia dan Indonesia. Kepesatan perkembangan industri takaful secara keseluruhan berbanding industri insurans konvensional adalah disebabkan oleh ciri-ciri demografi pelanggan, peningkatan tahap pendapatan dan minat yang semakin tinggi terhadap produk-produk takaful. Di peringkat dalam negara, Malaysia mencatat pertumbuhan yang memberangsangkan di mana Takaful Am dan Keluarga masing- masing merekodkan pertumbuhan sebanyak 8.1% dan 7.0% pada setengah tahun pertama 2015 berbanding tempoh yang sama tahun 2014, justeru, mendominasi pasaran takaful ASEAN dengan bahagian pasaran sebanyak kira-kira 71%. 

Dalam persekitaran senario ekonomi yang mencabar dan usaha penstrukturan semula industri domestik yang berterusan, saya dengan sukacitanya ingin melaporkan bahawa Takaful Malaysia telah mencatat satu lagi tahun memberangsangkan pada tahun yang ditinjau. Syarikat meraih pertumbuhan keuntungan selepas zakat dan cukai sebanyak 18% bagi Kumpulan dan 4% bagi Syarikat. Pertumbuhan keuntungan ini telah menghasilkan peningkatan EPS Asas kepada 19 sen sesaham, iaitu kenaikan sebanyak kira-kira 11% berbanding 17 sen pada tahun kewangan sebelumnya. Selain itu, Kumpulan juga berjaya mengekalkan Pulangan atas Ekuiti sebanyak 24.5% pada tahun 2015. 

Bagi suku tahun ke-3 2015, Takaful Malaysia berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan Takaful Keluarga, dengan meraih 25% daripada bahagian pasaran. Ini diterjemah kepada caruman kasar sebanyak RM680 juta. Di samping itu, Syarikat turut mengekalkan kedudukan di tempat pertama dalam perniagaan Takaful Keluarga Kumpulan dengan menguasai 31% bahagian pasaran yang boleh diterjemahkan kepada caruman kasar berjumlah RM391 juta. Laporan industri sehingga suku tahun ke-3 2015 menyaksikan Takaful Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai Pengendali Takaful Am kedua terbesar dengan penguasaan perniagaan Takaful Am sebanyak 19%. 

Sebagai perintis dalam industri insurans Islam, Takaful Malaysia hingga kini merupakan satu-satunya syarikat dalam industri, baik Takaful mahupun Konvensional di Malaysia yang menawarkan 15% Pulangan Tunai secara konsisten kepada pelanggan Takaful Amnya kerana tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan. Bagi mengukuhkan lagi kesedaran terhadap penyelesaian dan perkhidmatan insuransnya yang pelbagai, Syarikat telah melancarkan satu inisiatif pengiklanan dan promosi secara meluas untuk mendekati dan berhubung dengan pelanggan.”

No comments:

Post a Comment