Sunday 13 March 2016

Saham Dalam Pembinaan - SUNCON, KIMLUN dan MITRA

Kami perhatikan beberapa spike berlaku minggu lepas dalam sektor construction. Tiga saham yang membuat aksi hebat ialah SUNCON, KIMLUN dan MITRA.

SUNCON
SUNCON pada hari jumaat membuat breakout (melepasi 1.45) dengan kenaikan lebih 5 peratus selepas begitu lama proses accummulation. Kenaikan juga disokong oleh kekuatan fundamental syarikat dan banyak projek baru (menurut insider kami) yang bakal diterima dalam masa terdekat. Wajib masukkan dalam watchlist! 

KIMLUN
KIMLUN membuat breakout / new 16-month high dengan melepasi harga 1.67 pada hari khamis lepas. Hari jumaat ada cubaan gap up tetapi kemudiannya jatuh dan cuba bertahan. Boleh masuk dalam watchlist untuk ditembak pada T+4, ataupun selepas memahami prospek syarikat dengan lebih mendalam.

MITRA
MITRA macam biasa dengan perangai peliknya. dua minggu lepas beberapa cubaan di 1.18, dan sekali melepasi 1.19. Tiba-tiba hari jumaat daripada 1.13 ke 1.19 dan kenaikan yang banyak pada penghujung pasaran. Orderbook dan fundamental yang kukuh. Watch juga kalau lepas 1.19 dan 1.22 dengan jayanya.

Sedikit sebanyak PE ratio untuk saham-saham construction:

GADANG - PE 6
IJM - PE 14
WCT - PE 9
KIMLUN - PE 7
PRTASCO - PE 7
MITRA - PE 9
ECONBHD - PE 10
SUNCON - PE 15


Purata PE ratio untuk saham construction ialah 10. Jadi harga saham di bawah 10 masih boleh dikatakan good value dengan syarat mempunyai prospek yang baik di masa hadapan. Kami sarankan juga anda watch WCT yang mempunya chart yang cantik (pengumpulan dgn julat kecil dan harga sekarang dekat dgn resistance). Volume yang agak kuat rabu lepas. 

No comments:

Post a Comment